Showing posts with label amalan baik. Show all posts
Showing posts with label amalan baik. Show all posts

Friday, 20 July 2012

Ramadhann!!!! time to recover our heart

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang bergembira dengan masuknya Ramadhan, maka Allah swt akan MENGHARAMKAN tubuhnya dari menyentuh mana-mana pintu dari pintu neraka"
Al-Hadith

first of alll, saya nk tanye (walaupon xde yg akan jawab)  bulan Ramadhan datang berapa kali setahun?
atau adekah kite yakin dan pasti bahawa kite dpt sambut bulan ni tahun dpan... kite tidak tahu,,,
mahukah kite sia-sia kan MALAM LAILATULQADAR?..malam yg lebih baik dari seribu bulan??
kite pon tidak tahu... tpi insyallah.. saye akan cube yg terbaik untuk berubah dlm bulan ni.. dan istiqamah dlm bulan2 lain 0.K!!!...so ni adelah sikit perkongsian amalan baik dlam bualan ramadhan.. ENJOY!!



Saturday, 31 December 2011

masyaallah.. Allah Maha Agung..btol x!!


7 KALIMAH AGUNG  (from http://johneox.wordpress.com/7-kalimah-agung/)

Sabda Rasulullah s.a.w
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih
di lautan..
1. Bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataill ahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
 6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
 7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih
oleh Allah.

Wednesday, 28 December 2011

Demi masa!!


from Kini2u.com..
 ”Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”-Surah Al-Ashr

Surah ini amat pendek tapi Imam As Shafee pernah menukilkan bahawa jika semua orang menghayati surah ini maka itu adalah cukup untuk seluruh manusia. Hebatnya surah yang pendek ini.
 Surah ini adalah antara surah yang terawal yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. semasa di Mekah. Dalam surah al-fatihah, Allah mengajar kita untuk mencari jalan yang lurus (as-siratul al-mustaqim) dan dalan surah ini (al-Asr) intipati atau jalan yang lurus itu ditunjukkan kepada seluruh umat manusia.

Allahu Akhbar. 

Dalam surah ini kita umat manusia diajar supaya yakin akan kekuasaan Allah swt, lakukan perkara-perkara yang baik (amalan soleh), ajak manusia kearah kebaikan atau kebenaran, dan menyuruh seluruh umat manusia supaya bersabar. Sesiapa yang berjaya mengerjakan amal soleh adalah orang -orang yang berjaya dan kehidupan mereka penuh dengan keberkatan dan mendapat keredhaan Allah swt tetapi kepada sesiapa yang ingkar daripada jalan ini maka mereka itu adalah dalam kerugian yang amat besar.
Inilah guideline atau kayu pengukur untuk kita semua umat manusia untuk mejalani kehidupan di dunia yang sementara ini. Banyak buku-buku motivasi diluar sana yang bejilid-jilid tidak dapat menerangkan akan contoh kehidupan yang sempurna ini seperti yang dikatakan oleh Allah swt hanya dengan 3 ayat dalam surah al-asr ini. Inilah wadah sebenar manusia harus hidup di dunia ini dan untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat yakni taat segala perintah Allah swt, tinggalkan segala laranganNya, jalani kehidupan seperti yang di tunjukkan oleh Rasulullah s.a.w., manusia pasti akan menemui kejayaan dengan jalan yang lurus ini.

Allahu Akhbar.

Dalam surah ini Allah menerangkan akan kepentingan masa sepertimana Allah swt berkata “Dan Dia (pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur”.(surah al-furqan:62)

Maka dengan ini kita kena memanfaat masa dengan sebaik-baiknya, gunakan masa kerana Allah swt, untuk mendekati kepadaNya dan untuk mendapat keredhaanNya. Terutama kita umat di akhir zaman ini, umur kita tidak panjang, purata 60 hingga 70 tahun sahaja, maka menjaga masa itu amat penting. Kiasan umur manusia adalah ibarat meletakkan jari ke dalam lautan. Bila diangkat jari tersebut ada titisan air dijari maka itulah kehidupan dunia kalau nak dibandingkan dengan seluruh lautan yang merupakan kehidupan akhirat.
Dalam ayat seterusnya Allah swt menyebut bahawa “Semuanya akan binasa kecuali mereka-mereka yang percaya dan melakukan amalan-amalan soleh”. Disini Allah membuat pengecualian kepada mereka-mereka yang melakukan amalan soleh dan perkara-perkara yang baik akan berjaya.

Kemudian Allah sebut dalam ayat seterusnya supaya kita mengajak manusia kearah kebenaran, yakni kebenaran yang Hak (al-Haqq) yakni agama Islam, iaitu mengerjakan segala suruhan Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya.
Dan terakhir sekali Allah berkata mereka yang selamat daripada kemusnahan adalah mereka yang mengajak antara satu sama lain dengan penuh kesabaran sebagiamana seorang sahabat nabi, Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain, maka dia tidak patut menindas seorang muslim yang lain atau menyerahkan kepada orang yang zalim. Sesiapa yang menunaikan Hak saudara sesama Muslim mereka, Allah swt akan sempurnakan Hak mereka; Sesiapa yang menyenangkan saudara Muslim mereka, Allah swt akan mennyenangkan dia di hari Akhirat nanti dan sesiapa yang menyelamatkan saudara Muslim mereka, Allah swt akan mengangkat segala kesusahan dia di hari Akhirat nanti.”

Rumusannya, dalam surah ini kita diajar akan empat kriteria yang mana jika seseorang boleh mencapai keempat-empat kriteria ini, seseorang itu akan dapat mencapai kesempurnaan (insan kamil) dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Yang pertama adalah: Mengetahui Kebenaran.
Yang kedua: Apa yang dilakukan, merupakan reflek kepada kebenaran tersebut.
Yang ketiga: Mengajar orang lain yang tidak mengetahui kebenaran.
Yang keempat: Bersabar untuk belajar berkenaan dengan kebenaran dan bertindak berdasarkannya dan mengajarkannya.

In other word, if we were to look around in our society as well as to search our hearts and minds, we would find that in this age (in this zaman), the real criterion of success or failure is wealth and property, or status, honor, fame or position. All but a few are running after these things. They expend their energies for these purposes. The minds of many are directed towards obtaining degrees in science or technology, so that they may earn a lot of money or achieve status, position or power. The achievement of these things is their criterion of success or failure.

The real truth which comes to our minds by studying Surah Al-Asr is very different from this. In other words, the criterion of man’s success is neither money or wealth, nor status, position, power, or prestige. Rather its first condition is ‘Faith’, the second is ‘righteous deeds’, the third is ‘enjoin to truth’, and the fourth is ‘practice mutual patience’.

Allahu Akhbar.

Maka saya menyeru kepada semua sahata-shabat di Al-hikmah ini untuk kita sama-sama mencapai keempat-empat kriteria yang disebutkan di atas. Bersama-samalah kita berusaha untuk mencari kebenaran yakni apa yang ditinggalkan oleh Rasul junjungan kita Muhammad s.a.w., Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Marilah kita smua berazam untuk kuatkan Iman kita semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah swt. Tiada sebab lain lagi. Kenapa?
Keranan apabila Iman telah lemah, ‘aqidah telah binasa maka Iblis menjadi penguasa! Dia mengerahkan seluruh tenteranya menguasai hati insan kita umat manusia untuk membuat kefasikan dan kekufuran!

Diantara seruan-seruannya ialah bersifat takabbur sombong, melakukan kezaliman, tamakkan pangkat harta, kedudukan. Orang-orang ini sanggup melakukan pembohongan, fitnah dan berbunuh-bunuhan demi untuk mencapai segala kenikmatan duniawi. Mereka tamak akan dunia dan takut akan mati.
Dahulu Bani Umayyah, diikuti Bani Abbassiah dan kini disambung oleh pembesar-pembesar (Jabbabiratun) di seluruh dunia Islam masa kini.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu ramai, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah s.a.w. menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)
Wallahua’lam.


bekalan di dunia!!

 dari:http://nursyirah.wordpress.com..(lawat tau)
 
Fadhilat membaca surah Al-Mulk
SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.
Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..